fbpx

[VIDEO] Ustaz Don sentiasa bersama dengan kita – Pengacara Salam Baitullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imam Muda Megat (kiri) dan Fakhri ketika mengendalikan Program Salam Baitullah yang disiarkan secara langsung, malam ini.

PETALING JAYA – Program Salam Baitullah yang disiarkan secara langsung malam ini berlangsung tanpa kehadiran Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Rancangan itu yang sinonim dengan musim ibadah haji dilihat hanya dikendalikan oleh dua pengacara iaitu Fakhrul Radhi (UNIC) dan Imam Muda Megat Mohd. Zaid.

Pada pembukaan program, kedua-dua pengacara akui berasa seakan hilang semangat susulan ketiadaan pengacara bersama iaitu Ustaz Don Daniyal.

“Rasa macam hilang semangat sedikit, rakan kita Ustaz Don tak dapat bersama pada malam ini tapi dia kirim salam kepada semua penonton.

“Hilang beliau di sini sahaja tapi dalam hati, Ustaz Don sentiasa bersama kita,” kata Fakhrul dan Imam Muda Megat.

Terdahulu, Ustaz Don dilapor direhatkan daripada program tersebut ekoran terpalit dengan beberapa kontroversi mengaitkan dirinya.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, Ustaz Don ‘direhatkan’ untuk meredakan keadaan yang tegang di platform media sosial.

Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah SAW berkaitan kisah Ummu Hani’ dimana penceritaan Ustaz Don dianggap lemah dan hadis digunakan adalah tidak bersumber. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI