fbpx

Mohd. Fared diburu guna gelaran Datuk Seri palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki menunjukkan gambar Mohd. Fared yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penggunaan gelaran Datuk Seri palsu. - Foto oleh ROHANA ISMAIL

JELI – Presiden persatuan muay thai, Mohd. Fared Abdul Ghani, 56, yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan memukul seorang lelaki pada Mac lalu sekali lagi diburu polis bagi membantu siasatan kes salah guna darjah kebesaran Datuk Seri palsu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan polis dibuat seorang lelaki selepas melihat rakaman video di YouTube berhubung penggantungan dua ahli Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK) termasuk Mohd. Fared di sebuah saluran televisyen yang menggunakan gelaran Datuk Seri.

“Sehubungan itu, polis sedang mengesan Mohd. Fared bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan 5B Enakmen Lambang-lambang dan Nama-Nama (Mencegah daripada Salahguna) kerana mengguna gelaran yang tidak diiktiraf.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan atau mana-mana balai polis terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Town Hall Discussion Ketua Polis Kelantan 2024, Gejala Sosial dan Keruntuhan Akhlak: Ke Mana Arah Anda? di Politeknik Jeli di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya menahan seorang lelaki selepas sebuah video penganugerahan darjah kebesaran Datuk kepada warga Bangladesh didakwa diperoleh dari Kelantan tular.

“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 47 tahun di Setapak, Kuala Lumpur. Suspek merupakan peniaga dan terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO).

“Lelaki itu direman selama tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI