fbpx

Jumlah bom yang digugurkan di Gaza melepasi Perang Dunia Kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA penduduk Palestin berada dekat runtuhan sebuah bangunan akibat dibom Israel di Semenanjung Gaza kelmarin. - AFP

ISTANBUL – Tentera Israel menggugurkan lebih 70,000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lalu, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Ia jauh mengatasi jumlah keseluruhan bom yang digugurkan di Dresden dan Hamburg, Jerman serta London, Britain semasa Perang Dunia Kedua.

Pada akhir April lalu, pertubuhan Pemantau Hak-Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean menganggarkan bahawa kira-kira 70,000 tan bom digugurkan di Semenanjung Gaza. Ia meliputi tempoh enam bulan iaitu antara 7 Oktober tahun lalu sehingga 24 April lepas.

“Tentera Israel dianggarkan telah menjatuhkan lebih 70,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza sebagai tambahan kepada operasi jentolaknya.

“Ia mengakibatkan kemusnahan semua bangunan pada jarak sehingga satu kilometer di timur dan utara Semenanjung untuk mewujudkan apa yang dipanggil zon penampan,” kata organisasi pemantau hak asasi manusia yang berpangkalan di Geneva, Switzerland itu.

Pada Perang Dunia Kedua, Jerman mengebom London dengan menggugurkan sekitar 18,300 tan bom antara 1940 hingga 1941, demikian menurut pelbagai anggaran termasuk arkib dari akhbar New York Times.

Pihak Berikat menjatuhkan 8,500 tan bom di Hamburg pada musim panas 1943, kata Hendrik Althoff, yang merupakan penyelidik di Jabatan Sejarah Universiti Hamburg.

Pihak Tentera Berikat juga menggunakan 3,900 tan bom di Dresden pada Februari 1945, demikian menurut rekod sejarah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI