fbpx

8 suspek ditahan bawa jemaah haji tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah bersolat di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram semalam. - AFP

RIYADH – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan penahanan lapan suspek di beberapa pintu masuk Mekah selepas mereka didapati membawa 28 jemaah yang tidak mempunyai permit, lapor akhbar Arab News.

Menurut laporan dari Saudi Press Agency (SPA), Pasukan Keselamatan Haji menahan suspek yang terdiri daripada lima warga tempatan dan tiga rakyat asing.

Mereka akan dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan haji dengan membawa jemaah yang gagal mendapatkan permit untuk menunaikan haji.

Suspek masing-masing akan menjalani hukuman penjara selama 15 hari dan dikenakan denda sebanyak 10,000 riyal (RM 12,531) setiap seorang.

Pihak berkuasa turut menyita tiga kenderaan yang digunakan oleh pelaku bagi melakukan operasi tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI