fbpx

TCL sasar jualan 10,000 unit model televisyen baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qiu (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran dua model tv terbaharu TCL yang ditawarkan secara eksklusif di Lazada, baru-baru ini.

PETALING JAYA – TCL me­nyasarkan jualan 10,000 unit mo­del televisyen (tv) terbaharunya, iaitu TCL QLED Google TV T7B dan TCL 4K UHD Google TV V6B dengan kerjasama Lazada Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Melalui kelebihan daya saing dari segi harga, ciri lanjutan dan ketersediaan dalam talian ­eksklusif, TCL bersedia untuk me­ningkatkan jualan dalam pasaran tempatan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama elektronik pengguna terkemuka.

Menurut Pengarah Urusan TCL Malaysia, Carolyn Qiu, pihaknya mahu menjadi jenama terkemuka di pasaran tv skrin besar dalam talian, terutamanya untuk model 75 inci dan 85 inci, seterusnya mendominasi kate­gori tv QLED.

“TCL QLED TV T7B ditawarkan pada harga bermula RM1,899 dengan saiz 55 inci, 65 inci, 75 inci serta 85 inci, menggunakan teknologi Quantum Dot terkini untuk memberikan prestasi ­warna luar biasa.

“Teknologi ini menghasilkan lebih satu bilion warna dan rona, memastikan setiap imej dipaparkan dengan ketepatan menakjubkan serta mempunyai reka bentuk yang dapat mengekalkan kecerahan optimum selain kejelasan gambar walaupun dalam persekitaran terang dengan teknologi HDR10+.

“Sementara TCL 4K UHD Google TV V6B pula direka untuk memberi pengalaman luar biasa terutamanya bagi mereka yang menggemari permainan video.

“Model ini tersedia dalam saiz 50 inci, 55 inci, 65 inci dan 75 inci pada harga bermula RM1,299,” katanya pada majlis pelancaran di sini.

Tambah Qiu, pelancaran eksklusif dua model tv baharu TCL pada platform e-dagang Lazada me­rupakan pendekatan strategik pihak­nya untuk perkemba­ngan pasaran di negara ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI