fbpx

Gas ammonia kilang bocor di Bandar Baru Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Hazmat dari BBP Shah Alam melakukan kerja-kerja intervensi untuk menutup valve silinder ammonia yang bocor

GOMBAK – Sebuah kilang di sekitar Jalan Sungai Tua, Bandar Baru Selayang di sini mengalami kebocoran gas ammonia pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 10.25 pagi.

Katanya, seramai sembilan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang terlibat dalam operasi tersebut.

“Menurut Komander Operasi, PBK II Shahrul Nizam Ramli, kebocoran gas ammonia berlaku di bahagian stor kilang tersebut.

“Pihak jabatan telah membuat pengungsian bangunan dan melakukan tempat untuk nyahcemar di tempat operasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kebocoran pada salah satu daripada empat silinder yang menyimpan gas ammonia di bahagian stor berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada BBP Shah Alam telah melakukan kerja-kerja intervensi untuk menutup valve
silinder ammonia yang bocor.

“Tiada pekerja atau mangsa lain terlibat dalam insiden ini,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI