fbpx

Isu Don Daniyal ‘direhatkan’ bukan ganjil- Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USTAZ DON

PUTRAJAYA – Isu melibatkan pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal yang ‘direhatkan’ daripada bersiaran pada program sempena musim ibadah haji, Salam Baitullah disifatkan bukan perkara yang terlalu ganjil.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan merehatkan beliau merupakan keputusan Ketua Pengarah (KP) Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman di mana ada hos yang akan diaktifkan atau direhatkan.

“Saya berpandangan ini adalah keputusan KP dan memang dari masa ke semasa hos bagi apa-apa acara atau program memang ada diaktifkan atau direhatkan.

“Saya tidak lihat ini sebagai suatu perkara terlalu ganjil, mungkin nanti kita akan bincangkan isunya dan cari apakah langkah-langkah berikut,” katanya pada sidang akhbar mingguan di Kementerian Komunikasi di sini tadi.

Terdahulu, Don Daniyal direhatkan bagi meredakan keadaan yang tegang di platform media sosial ketika ini.

Ia susulan kenyataan oleh seorang pensyarah kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Malaysia yang membuat teguran terbuka kepada seorang pendakwah dipercayai Ustaz Don. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI