fbpx

Calon pilihan raya disimbah ‘milkshake’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita menyimbah susu kocak ke atas Farage ketika beliau berkempen di Clacton -The Guardian

LONDON – Seorang calon pilihan raya Britain disimbah dengan air susu kocak (‘milkshake’) ketika berkempen di Essex, Timur England lapor akhbar The Guardian.

Insiden tersebut terjadi ketika Nigel Farage yang merupakan calon bagi kawasan Clacton, baru sahaja keluar dari sebuah pub untuk bertemu dengan penyokongnya.

Calon Parti Reformasi itu disimbah dengan susu kocak oleh seorang wanita pada hari pertama beliau berkempen di Clacton, dalam percubaan kelapannya untuk menjadi Ahli Parlimen Britain.

Seorang wanita berusia 25 tahun ditahan kerana melakukan serangan tersebut.

Ini bukan kali pertama Farage disimbah dengan air susu kocak kerana ketika pilihan raya umum 2019, beliau telah disimbah dengan minuman sama ketika berkempen di Newcastle.

Farage merupakan ahli politik  kontroversi di Britain yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi berbaur Islamofobia dan isu-isu berkaitan imigran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI