fbpx

Pukul OKU: 12 individu dirakam keterangan, kertas siasatan lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 individu dirakam keterangan berhubung kes pemandu e-hailing orang kelainan upaya (OKU) mendakwa dipukul seorang juruiring kenamaan, 28 Mei lalu.

Antara individu yang sudah dirakam keterangan adalah mangsa, Orang Yang Di Syaki (OYDS) iaitu juruiring terbabit, pekerja hotel lokasi kejadian berlaku, anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota juruiring Pemangku Sultan Johor, rakan pengadu, doktor dan pengarah operasi Grab.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah menghantar kertas pendakwaan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan susulan.

“Walaupun pengadu (mangsa) dalam kes ini telah menarik laporan polis namun hasil sambungan rakaman percakapan yang dijalankan mendapati pengadu masih berminat dan ingin meneruskan kes ini.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Ketua Bahagian Pendakwaan, pada pukul 8.30 pagi semalam, untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan tatatertib.

Minggu lalu, media melaporkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dipercayai punca seorang pemandu e-hailing didakwa diserang pengiring kepada rombongan kenamaan dalam kejadian di sebuah hotel di Brickfields, pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa dilaporkan berkata, kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan.

Jelas beliau, kes ini disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Bagaimanapun, pengadu membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI