fbpx

Pembantu Penguasa Kastam didakwa terima rasuah RM3,200 kes lori lolos pemeriksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh yang mengenakan topi dan pelitup muka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuh berjumlah RM3,200 ketika dihadapkan ke Mahakamah Sesyen Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Seorang pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah bernilai RM3,200 antara 2018 dan 2022.

Tertuduh, Solehuddin Isa, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, Solehuddin yang bertugas sebagai Pembantu Penguasa JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menerima sejumlah wang bernilai antara RM300 hingga RM2,000 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori-lori milik sebuah syarikat yang membawa keluar barang dari Kargo KLIA.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bank di Temerloh antara 31 Julai 2018 hingga 11 September 2022.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tuan Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nazri Yahya dan Mohd Faiz Omar

Dalam prosiding Ahmad Akram memohon agar tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan lain.

Bagaimanapun Mohd Nazri memohon agar wang jaminan dikurangkan kepada RM10,000 berikutan tertuduh sudah berumahtangga dan memiliki enam cahaya mata berusia 10 tahun hingga tiga bulan.

Hakim menetapkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Putrajaya dan mengarahkan tertuduh dan ejen tidak mengacau ganggu saksi sehingga perbicaraan selesai.

Mahkamah memutuskan 19 Julai depan sebagai tarikh penyerahan dokumen dan urusan kes.

SPRM sebelum ini mendedahkan jumlah ketirisan hasil cukai mencecah RM2 bilion akibat kegiatan sindiket penyeludupan membabitkan beberapa anggota JKDM di Kargo KLIA Sepang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI