fbpx

Peguam baharu belum dapat berjumpa ibu bapa Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa Zayn Rayyan ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buluh, Disember lalu.

PETALING JAYA – Peguam Fahmi Abd Moin yang baru dilantik mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, memaklumkan beliau masih belum dapat bertemu dengan pasangan itu.

“Saya masih belum dapat bertemu kedua-dua anak guam lagi…..tengah berusaha untuk mendapatkan akses melalui pegawai penyiasat sekiranya dibenarkan,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Semalam Fahmi mengesahkan beliau merupakan peguam yang dilantik bagi mewakili pasangan suami isteri tersebut.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan direman selama tujuh hari sehingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam kanak-kanak autistik tersebut.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan di kawasan anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediaman keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI