fbpx

Pyanhabib seperti tahu ajal sudah tiba – Tarmimi Siregar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TARMIMI Siregar ketika ditemubual media di perkarangan Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat.

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Datuk Ahmad Tarmimi Siregar mengakui tersentuh dengan perkongsian Allahyarham Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib yang seakan tahu ajalnya sudah tiba.

Kata Tarmimi, 74, perkongsian dalam Facebook itu dikongsikan arwah seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Dia seorang yang ceria cuma sejak kebelakangan ini agak kurang aktif.

“Apa yang saya dimaklumkan oleh rakan-rakan, arwah ada kongsi gambar beberapa kenalan artis yang sudah meninggal dunia.

“Dia juga mengatakan mungkin selepas ini dia pula yang akan menyusul. Dia sepertinya sudah boleh menjangka akan meninggal dunia. Itu yang buat saya rasa sedih,” katanya ketika ditemui di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat hari ini.

Dalam pada itu, Tarmimi turut memberitahu arwah tidak hadir ke acara pesta buku baru- baru.

“Arwah seorang pencinta sastera dan dia tidak pernah tidak hadir ke acara sebegini terutama melibatkan sastera

“Tetapi dia tidak dapat hadir dan saya rasa itu satu perkara yang ganjil dan tidak pernah dia lakukan,” katanya.

Semalam, seniman kelahiran Taiping, Perak itu meninggal dunia di kediamannya di Lembah Keramat.

Lebih memilukan, Allayharham baru seminggu menyambut ulang tahun kelahiran ke-66. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI