fbpx

Malaysia tumpu kukuhkan ekonomi negara ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Nikkei Forum Ke-29: Future Of Asia baru-baru ini.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Malaysia akan memberi tumpuan bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun hadapan dan terus memperjuangkan cita-cita negara di rantau berkenaan.

“Berkaitan ekonomi, tumpuan kita adalah untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi di kalangan negara anggota ASEAN.

“Saya mengulangi perkara ini dan kita perlu melakukan lebih banyak lagi walaupun sudah berjaya mengekalkan hubungan diplomatik, hubungan dua hala yang baik secara individu, dan di peringkat sub-serantau dan ASEAN.

“Banyak lagi yang kita boleh dan harus lakukan dengan bekerjasama bagi meningkatkan keupayaan kita. Ini termasuk meningkatkan kapasiti bagi menarik pelaburan dan perdagangan untuk menjadi blok serantau yang penting,” katanya menerusi kenyataan di media sosial rasmi beliau hari ini.

Tambah beliau, komitmen Malaysia untuk meneruskan pelaburan dan perdagangan bersama Jepun dalam usaha menjadikan Malaysia antara pemacu ekonomi penting ASEAN.

“Jepun sudah mempunyai peranan penting dalam ekonomi Malaysia ke hadapan sewaktu era 1970-an dan 1980-an, terutamanya sewaktu ledakan transformatif pembuatan negara.

“Melalui komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam kerjasama, komuniti, kemakmuran dan keamanan, kita boleh menjalin masa depan yang lebih cerah untuk ASEAN dan komuniti Asia yang lebih luas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI