fbpx

‘Honda City itu diguna hantar ibu bapa buat check up’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta jenis Honda City dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Kuantan semalam.

PETALING JAYA – Kenderaan jenis Honda City berwarna merah yang dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Kuantan, kelmarin, digunakan untuk menghantar ibu bapanya pergi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Perkara itu dimaklumkan seorang wanita dikenali sebagai Diana Parish yang juga sepupu kepada mangsa dalam satu ciapan di aplikasi X, semalam.

Katanya, selain kereta tersebut digunakan untuk ibu bapa nya, Napisah Mohamad, 68 dan Mohamed Halim, 77, pemilik kenderaan tersebut, Norharlina Mohamed, 38, juga menggunakannya untuk pergi ke tempat kerja.

Justeru, sepupu kepada mangsa memohon agar pengguna media sosial membantu berkongsikan hantaran tersebut agar pihak berkuasa mudah menjalankan tugas dengan bantuan orang ramai.

“Dah buat laporan polis cuma kalau ada orang dapat tolong tularkan, mesti boleh cepat dapat. Ni je kerja yang sepupu saya ada untuk kerja dan hantar ibu bapanya pergi melakukan pemeriksaan kesihatan,” tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaran lain, sepupu mangsa memaklumkan, beberapa barang peribadi di dalam kenderaan telah ditinggalkan merata-rata oleh pencuri.

“Barang-barang peribadi ada merata, ada dekat Taman Cempaka, yang terkini semalam ada juga barang ditinggalkan di Sungai Isap.

“Mereka (keluarga mangsa) dah cuba jejak telefon sepupu yang tertinggal dalam kereta tetapi dipercayai dibuang merata juga di sekitar Kuantan. Sedang mencari lagi.

“Info dari family juga, memang malam semalam ada kereta jenis sama warna merah tengah tukar nombor plat kenderaan,” tulisnya sambil memuat naik gambar beberapa barang peribadi yang telah ditinggalkan.

Semalam, media tempatan melaporkan seorang wanita kerugian kira-kira RM94,000 apabila kereta miliknya jenis Honda City dilarikan oleh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Kuantan kelmarin, setelah ditinggalkan tanpa dikunci.

Malah dalam kejadian itu mangsa melalui detik mencemaskan apabila ibunya yang berada dalam kereta turut dibawa sebelum ditinggalkan kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian pada pukul 3.10 petang itu berlaku ketika mangsa bersama bapa dan ibunya berhenti mengisi petrol di stesen minyak berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI