fbpx

Harga ketum makin mahal di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Aksem menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Penyeludup yang gelap mata apabila mendapati harga daun ketum me­lonjak kepada RM180 sekilogram di Thailand mendorong mereka berterusan membawa keluar bahan itu bersama barangan runcit lain ke negara jiran.

Harga itu meningkat berban­ding RM100 sebelum ini disebabkan ia sukar diperoleh ekoran penutupan pintu sempadan susulan pandemik Covid-19.
Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis, Deputi Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, aktiviti itu masih berterusan walaupun kawasan di sempadan negara semakin diperketatkan.

Katanya, penyeludup menggunakan pelbagai helah dan taktik dan yang terbaharu mereka menyembunyikan daun ketum di dalam kotak teh dan diangkut menggunakan kenderaan pikap.

“Mereka membawanya bersama barangan runcit lain untuk diseludup ke Thailand.

“Kita berjaya mengesan taktik itu apabila mematahkan cubaan menyeludup 75 kilogram daun ketum berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Padang Besar kira-kira pukul 11.30 pagi tadi (semalam),” katanya di sini semalam.

Tambahnya, selain menemui daun ketum bernilai RM2,000 itu, pihaknya turut menahan dua lelaki warga Thailand berusia 28 dan 47 tahun selain merampas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Menurut Rodzi, siasatan mendapati suspek menerima upah sebanyak RM200 bagi setiap perjalanan dan jumlah keseluruhan rampasan bernilai lebih RM85,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk siasatan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI