fbpx

Catatan Facebook terakhir Pyan Habib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM meninggal dunia di kediamannya di Hulu Klang semalam.

PETALING JAYA – “27 Mei (1958). Genap usia saya 66 tahun. Cucu minta potong kek, saya pun potong kek. Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun dan saya hidup pada usia subsidi diberi Allah. Allahu!”

Demikian catatan terakhir yang ditulis penyair dan pelakon popular, Allahyarham Pyan Habib dalam akaun Facebook sempena ulang tahun kelahirannya ke-66 pada 27 Mei lalu.

TANGKAP layar hantaran Facebook terakhir Pyan Habib pada ulang tahun kelahirannya ke-66 baru-baru ini.

Sayangnya, tiada yang mampu meneka bahawa perkongsian tersebut merupakan status terakhir arwah sebelum disahkan meninggal dunia di kediamannya di Hulu Klang pada pukul 9.30 malam semalam.

Menerusi perkongsian sama, arwah turut memuat naik fotonya bersama isteri dan dua orang cucu mereka sambil memotong kek hari jadi.

Terdahulu, isterinya memaklumkan khabar duka mengenai pemergian seniman yang disayangi ramai itu dalam Facebook.

Pyan Habib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman yang berasal dari Taiping, Perak aktif menulis dan membaca puisi sejak 1976 bersama Anak Alam dan mencetuskan fenomena baca puisi di bawah tiang lampu 10 tahun kemudian.

Anak Alam ialah kumpulan seni yang diasaskan pada dekad 1970-an oleh sekumpulan seniman tanah air yang disertai penyair, pemain teater, penulis dan pelukis.

Sebagai pelakon, Pyan Habib cukup dikenali dengan watak Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan lakonannya bersama Datuk M Nasir yang diarahkan Nasir Jani sekitar tahun 1986.

Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem lain seperti Tsu Feh Sofiah, Rozana Cinta 87, Tak Kisahlah Beb, Mat Som, Rock Oo!, Apokalips X dan Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium.

Allahyarham juga popular dengan seleksi puisinya dan antara hasil penulisannya yang terkenal ialah Balada Pyanhabib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI