fbpx

Raffi Ahmad tanggung kos bersalin kawan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFFI Ahmad bersama isterinya, Nagita Slavina.

TUAH bayi kembar yang bakal dilahirkan, pelawak dan hos, Mpok Alpa terharu apabila rakan baiknya, Raffi Ahmad memberikan hadiah berupa tajaan bersalin di sebuah hospital swasta.

Berita gembira itu dikongsikan sebagai menunjukkan sifat prihatin dan dermawan pengacara popular terbabit yang langsung tidak berkira.

Akui pemilik nama sebenar Nina Carolina, 37, Raffi sendiri menghubunginya untuk bertanya khabar selepas dimaklumkan dia bakal menimang bayi kembar lelaki.

Katanya, kebaikan suami Nagita Slavita itu cukup terserlah apabila menjelang kelahiran si kecil. Dia akan ditempatkan di sebuah hospital dan diawasi doktor pakar yang pernah menyambut kelahiran cucu Krisdayanti.

Menurut Mpok Alpa lagi, Raffi turut membiayai kos pemeriksaan bulanan kandungannya di hospital itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI