fbpx

Aurelie Moeremans dibuli artis senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DILAHIR dan dibesarkan di Belgium, pelakon Aurelie Moeremans mendedahkan berdepan pengalaman buruk ketika memulakan kerjaya seni sebaik kembali ke Indonesia.

Menceburi bidang lakonan pada usia remaja iaitu sekitar 2008, aktres berdarah campuran Indonesia-Belgium itu mendakwa dibuli seorang pelakon popular.

Semuanya bermula disebabkan dia duduk di sofa artis terbabit sewaktu mereka berlakon bersama dalam sebuah sinetron.

Aurelie mengakui tidak tahu sofa yang diduduki dikhaskan untuk pelakon terbabit sehingga pembantu peribadi wanita terbabit menyemburkan pewangi.

Sikap dingin aktres terbabit jelas kelihatan ketika sekali lagi mereka digandingkan dalam sebuah drama yang memerlukannya memotong rambut pendek.

Namun selepas mengorbankan rambut panjang, personaliti tersohor itu meminta produksi MN menggugurkan namanya dan diganti orang lain.

Biarpun kesal, peristiwa yang sudah berlalu belasan tahun lalu dijadikan peringatan sentiasa melayan orang lain dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI