fbpx

[VIDEO] Bekas suami kahwin, Jaclyn Victor tahu menerusi IG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaclyn menumpang rasa gembira dengan perkahwinan Shawn Rivera walaupun mengetahui berita itu menerusi hebahan dalam Instagram (IG).

PUTRAJAYA – Bekas suami bertemu jodoh, penyanyi Jaclyn Victor menumpang rasa gembira dengan perkahwinan Shawn Rivera walaupun mengetahui berita itu menerusi hebahan dalam Instagram (IG).

Ujar Jaclyn atau nama sebenarnya, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 46, sebelum ini bapa kepada dua anaknya itu pernah menyatakan enggan berumah tangga lagi selepas perpisahan mereka.

“Sudah tentu saya tahu, sejujurnya saya sangat gembira sebab sebelum ini dia pernah kata tidak mahu berkahwin semula.

“Akhirnya dia bertemu dengan seseorang, bahkan saya memberikan ucapan tahniah dalam Instagram Story dengan kapsyen doakan yang terbaik buatnya dan isteri.

“Saya tahu mengenai perkahwinan mereka menerusi laman Instagram. Dia membuat pengumuman di Instagram sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.

@hibglam.com.my

Anggota kumpulan AZ Yet, Shawn Rivera sudah jumpa jodoh baharu, Jaclyn selaku bekas isteri tumpang gembira. Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #jaclynvictor #bekassuami

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Menurut juara Gegar Vaganza musim sembilan (GV9), walaupun sudah bercerai, dia tetap bersahabat dengan anggota kumpulan antarabangsa AZ Yet itu demi anak-anak.

“Kami masih lagi berkawan dan cuba menjadi ibu bapa yang terbaik malah bekas suami masih lagi berhubung dan berkomunikasi dengan anak-anak.

“Cuma dia tidak tinggal di sini. Jadi hanya teknologi mendekatkan mereka dan kebetulan awal Mei lalu dia pulang ke Malaysia, sempatlah bertemu anak-anak.

“Waktu itu dia dah berkahwin, tetapi saya tidak bertanya lebih lanjut. Paling penting mereka bahagia,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Jaclyn Victor First Solo Concert, hari ini.

Baru-baru ini, Rivera, 52, mengumumkan perkahwinannya menerusi pengumuman yang dibuat dalam Instagram.

Terdahulu, perkahwinan Jaclyn dengan vokalis kumpulan R&B yang dibina pada 19 Julai 2014 hanya bertahan selama lima tahun.

Pasangan yang bergelar suami isteri di sebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat itu dikurniakan dua anak, Jonah Joshiah Rivera, 9, dan Molly Marguerite Rivera, 7.

Mengenai konsert, kata Jaclyn atau mesra disapa Jac, persembahan mega yang dijadualkan berlangsung di Zepp KL pada 12 Oktober depan sangat bermakna kerana bertepatan ulang tahun ke-20 dalam dunia seni.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI