fbpx

Lelaki maut nahas Perodua Kelisa bertembung Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa yang bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Taman Damar, Kuala Krai hari ini. Foto oleh POLIS

KUALA KRAI – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dia pandu bertembung dengan sebuah kereta terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Taman Damar di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun meninggal dunia ketika menerima bantuan pernafasan kecemasan (CPR) di Unit Kecemasan, Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Tanah Merah.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, lelaki itu gagal mengawal kereta dipandunya sehingga masuk ke laluan bertentangan.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, kereta tersebut bertembung dengan kereta jenis Perodua Kelisa dipandu mangsa.

“Mangsa dibawa ke Unit Kecemasan HSIP sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan CPR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan memberitahu, pemandu kereta jenis Perodua Myvi itu bagaimanapun hanya luka dan sakit pada bahagian dada.

Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan di Balai Polis Trafik Kuala Krai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI