fbpx

Rumah Rain diceroboh warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIN

BARU-BARU ini, sepasang warga emas berusia 70 tahun disaman gara-gara memecah masuk kediaman Rain dan Kim Tae-hee.

Difahamkan, pasangan warga emas itu berkunjung ke rumah selebriti itu untuk meminta wang yang pernah dipinjam bapa tiri Rain sekitar 20 tahun lepas.

Mereka mendakwa bahawa ayah tiri Rain yang dikenali sebagai Mr. Jung pernah membeli beras secara kredit di kedai mereka di daerah Yongsan 20 tahun lalu, namun tidak membayar balik hutang tersebut sehingga kini.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah memuat naik satu entri di sebuah laman komuniti pada tahun 2018 menuduh ayah Rain berhutang dengan mereka.

September tahun lalu, lelaki tua itu menfailkan saman terhadap Mr. Jung sebanyak 50 milion won (RM185,303), namun kes itu ditolak mahkamah Januari awal tahun ini.

Rain kemudiannya menfailkan injuksi terhadap lelaki itu pada Februari tahun ini.

Menurut mahkamah, lelaki itu sebenarnya mengalami masalah gangguan emosi yang teruk dan memilih untuk tidak menjatuhkan sebarang hukuman terhadap pesalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI