fbpx

Euro 2024: Turkiye mahu ulangi magis 2008

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TURKIYE mengharapkan percaturan terbaik untuk mencipta kejayaan mara ke separuh akhir pada edisi 2008.

TURKIYE melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan Euro 2024 di Jerman selepas menamatkan saingan kelayakan dengan bergelar juara kumpulan D di hadapan pasukan pilihan seperti Croatia dan Wales.

Kapten pasukan, Hakan Calhanoglu pastinya akan menjadi tumpuan utama memandangkan dia telah mempamerkan aksi konsisten apabila mewakili beberapa kelab ternama Eropah seperti AC Milan dan Inter Milan.

Selain itu, Turkiye yang menduduki ranking No. 40 dunia turut mempertaruhkan ramai pemain muda berkualiti seperti Arda Guler yang mewakili Real Madrid dan Kenan Yildiz (Juventus).

Bagaimanapun, penentu sebenar kejayaan Turkiye adalah percaturan yang bakal direncanakan oleh ketua jurulatihnya, Vincenzo Montella dalam setiap perlawanan yang akan dihadapi nanti.

Pengendali dari Itali itu dijangka menggunakan pengalaman serta kepakaran yang ada bagi mengubah setiap taktikal serta strategi apabila turun bertemu Georgia, Portugal dan Republik Czech dalam Kumpulan F.

Skuad The Crescent Stars sudah tentu mahu mengulangi pencapaian cemerlang apabila mara ke separuh akhir seperti pernah dilakukan pada edisi 2008.

Montella mengakui barisan pemain perlu bekerja keras sekiranya mahu melakar sejarah selepas terkandas di peringkat kumpulan untuk dua edisi berturut-turut sebelum ini.

“Saya rasa kita perlu fokus pada satu demi satu perlawanan. Bola sepak Turkiye baru sahaja menjalani transformasi dan pastinya kita mahu melakar kejutan pada kempen kali ini.

“Secara peribadi, saya rasa barisan pemain kebangsaan yang kami miliki ketika ini cukup sempurna dengan kombinasi tonggak senior serta junior,” kata bekas pengendali AC Milan itu.

Mengulas lanjut, Montella meletakkan harapan tinggi agar pemain muda seperti Yildiz dan Guler dapat menyerap tekanan untuk bermain di peringkat tertinggi buat kali pertama.

“Kedua-dua pemain ini memiliki bakat yang luar biasa. Saya harap mereka dapat berikan yang terbaik sekiranya diberi peluang nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI