NEW DELHI – Parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata(BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi mendahului dengan 38.68 peratus selepas 50 peratus undi pilihan raya umum India telah dikira, demikian menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.
BJP dan parti-parti perikatannya berada di tempat pertama apabila menang sekurang-kurangnya 290 kerusi.
Angka itu melebihi 272 kerusi yang diperlukan untuk kemenangan majoriti di Dewan Rendah Palimen tetapi kurang daripada keseluruhan 353 kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya umum tahun 2019.
Dewan Rendah Parlimen mempunyai 543 kerusi. – AFP