fbpx

13,846 pengembara guna Kod QR ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengembara mengimbas Kod QR ketika berurusan di kaunter imigresen di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) untuk memasuki Singapura.

ISKANDAR PUTERI – Pelaksanaan proses pengujian menggunakan Kod QR di CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini sejak Sabtu lalu mendapat maklum balas positif dengan seramai 13,846 pengguna telah menggunakan aplikasi MyTRIP.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, sehingga kini, seramai 117,000 pengguna telah memuat turun aplikasi tersebut.

Katanya, proses pengujian pemeriksaan Imigresen menggunakan Kod QR untuk perkhidmatan bas dan motosikal di CIQ KSAB bermula Sabtu lalu telah berjalan dengan lancar.

“Pelaksanaan pengujian ini telah mendapat maklum balas positif daripada pengguna. Berdasarkan rekod, seramai 117,000 pengguna telah memuat turun aplikasi MyTRIP dan seramai 13,846 pengguna telah menggunakan aplikasi ini.

“Sementara itu, proses pengujian yang sama sedang berjalan di laluan penumpang bas di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, ia kini dalam peringkat akhir memperkemaskan keperluan aplikasi Kod QR bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR di pintu masuk BSI menggunakan aplikasi MyRentas dijangka akan mula dilaksanakan pada pertengahan bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI