fbpx

Pengeluaran daging lembu mampu cecah 100,000 tan metrik setahun pada 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kiri) meninjau lembu baka Kedah-Kelantan yang diternak di HL Agro Farm KB Sdn. Bhd. di Kampung Sri Kemunting, Gunung dekat Bachok hari ini.

BACHOK – Kerajaan menyasarkan pengeluaran hasil daging lembu negara meningkat kepada lebih 100,000 tan metrik setahun pada 2030 berbanding sebanyak 47,000 tan metrik bahan mentah tersebut yang dihasilkan setiap tahun ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, negara sebenarnya memerlukan kira-kira daging lembu kira-kira 200,000 tan metrik bagi menampung permintaan penduduk sepanjang setahun.

Menurutnya, jumlah 100,000 tan metrik mampu dicapai menerusi sokongan moral, kepakaran dan pembiayaan kepada mereka yang bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran tersebut.

“Kerajaan Pusat turut mengharapkan kerjasama daripada kerajaan negeri untuk memberi peluang kepada penternak yang mahu membuka ladang-ladang baharu.

“Tanah merupakan bidang kuasa kerajaan negeri. Banyak tanah tanah berpotensi untuk diusahakan bagi ternakan lembu di Kelantan, Terengganu dan Johor,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Lawatan Kerja Rasmi dan Perasmian HL Agro Farm KB Sdn. Bhd. di Kampung Sri Kemunting, Gunung di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, sehubungan itu, kementerian turut meminta pengusaha sedia ada untuk meningkatkan lagi jumlah pengeluaran mereka.

Menurutnya, sasaran pengeluaran lebih 100,000 tan metrik daging lembu setahun itu mampu dicapai jika mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.

“Bidang penternakan mempunyai masa depan yang cerah kerana ia merupakan salah satu sumber keperluan bekalan makanan negara.

“Setakat ini, bekalan lembu korban di negara ini mencukupi dan mampu menampung permintaan umat Islam sempena Hari Raya Aidiladha,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI