fbpx

Alamak anak saya termakan daging …

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dimuat naik di akaun Facebook Izham Nayan memaparkan makanan yang sampai (kiri) serta resit menunjukkan daging babi panggang.

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri mendakwa anak-anaknya termakan daging babi gara-gara penghantar makanan (p-hailing) tersalah hantar pesanan.

Kisah yang tular tersebut diceritakan oleh Izham Nayan sehingga tular di Facebook dengan mendapat lebih 1,100 perkongsian.

Ujar Izham yang merupakan kawan kepada pasangan suami isteri terbabit, asalnya si bapa memesan hidangan mee tarik beserta ‘dumpling’ pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Masa kejadian, si ibu tengah ‘handle’ kelas dalam talian. Anak-anak kecil pula meragam dah lapar. Yang memesan adalah si bapa yang tiada di rumah.

“Anak-anak pula ambil dari ‘rider’ dan makan je. Resit biasa tampal kat luar tapi yang ini resit dekat dalam plastik. Bila keluarkan semua baru jumpa resitnya,” tulis hantaran tersebut.

Turut dimuat naik adalah tiga keping gambar memaparkan makanan berupa nasi ayam dengan kelihatan lauknya diletakkan di bahagian atas.

Satu lagi gambar pula menunjukkan resit yang memaparkan pesanan tiga nasi ayam beserta lauk tambahan iaitu daging babi dan ayam panggang.

Difahamkan, pasangan suami isteri tersebut telah memberitahu ‘rider’ tersebut namun penghantar makanan itu hanya berkata ‘maaf’ sahaja.

Sehingga kini, hantaran tersebut mendapat 818 tanda suka dan lebih 989 komen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang berasa ‘kembang tekak’ dan berharap agar ibu bapa kanak-kanak berkenaan dapat bertindak melakukan sesuatu.

“Dalam kes ini, budak bukannya faham cara semakan makanan. Mereka akan makan apa yang dibelikan oleh ibubapa. Saya berpendapat terang penghantar makanan gagal dalam SOP. Syarikat p-hailing tersebut perlu lakukan sesuatu,” komen Izzat.

“Benda ni kena siasat balik, sama ada salah kedai, atau salah ‘rider’. Kadang kedai buka banyak nama dan menu asing-asing. ‘Rider’ pula suka ambik pesanan bertindih,” komen Belrus.

“Yang menerima pun kena semak. Saya pernah juga ‘rider’ salah bagi makanan, tapi saya tanya balik sebab yang dapat sikit je walaupun dari kedai yang sama. Kadang ‘rider’ akan terlepas pandang,” komen Nia pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI