fbpx

Leona Iris Kasih ‘beauty with brain’ – Pak Nil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aznil atau mesra disapa Pak Nil memuji Leona yang bijak mendepani kehidupan.

PETALING JAYA – Tampak gila-gila, hakikatnya pempengaruh Kasih Iris Leona serius dalam soal pendidikan apabila tidak berkompromi melanjutkan pengajian, sekali gus meletakkan pelajaran di tangga pertama prioriti.

Kematangan dalam membuat keputusan masa depan meraih perhatian selebriti berpengalaman, Datuk Aznil Nawawi yang memuji kebijaksanaan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu.

Menurut Aznil atau mesra disapa Pak Nil, gadis berusia 22 dua tahun itu bukan sahaja jelita, namun memiliki kebijaksanaan yang setara dengan kecantikannya.

“Soalan yang sepatutnya diajukan dalam pertandingan ratu, cantik dan mempunyai pemikiran yang kritis,” katanya dalam ruangan komen video dikongsikan pengelola audio siar, Asyraf Khalid.

Selain Aznil, video dimuat naik dalam instagram milik Asyraf yang mengadakan sesi wawancara bersama Leona meraih pujian netizen.

Perbualan yang menjurus kepentingan pendidikan sebagai bekalan masa depan bertepatan situasi semasa apabila sebilangan pelajar kini dilihat mahu menjadi pempengaruh namun tidak serius terhadap pelajaran atau menyedari kepentingan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi video tersebut, Leona berkongsi pengalaman selain menjelaskan kepentingan memiliki ilmu termasuk menamatkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Asyraf yang juga menantu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memuji sikap dan keberanian yang ditonjolkan gadis tersebut sepanjang sesi berkenaan.

“Sempat menemubual Kasih Iris Leona di podcast apaceritatv! Kami bercakap tentang pengalamannya sebagai pelajar dan saya mesti katakan, satu perkara saya mengaguminya ialah rasa ingin tahun serta keberaniannya mengotorkan tangan.

“Walaupun berasal dari keluarga terhormat, dia sentiasa bersedia untuk menyingsing lengan bajunya dan menimba pengalaman dunia sebenar,” katanya.

Sebelum ini Leona pernah mendedahkan mampu meraih pendapatan sehingga RM30,000 hasil kerja sepenuh masa sebagai pempengaruh dan pencipta konten laman sosial.

Namun pendapatannya menyusut selepas mengambil keputusan menyambung pengajian di sebuah universiti di United Kingdom. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI