fbpx

Janna Nick belum berhenti berharap mahu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA berdoa agar dikurniakan zuriat.

PETALING JAYA – Tidak berputus asa mendapatkan cahaya mata pertama, pelakon Janna Nick meluahkan hasrat tersebut ketika meraikan hari jadinya yang ke-29 di sebuah restoran bersama suami, Dini Schatzmann.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata, dia tidak pernah berputus asa untuk menjadi seorang ibu.

Saya sayang awak, saya nak anak,” katanya sebelum meniup lilin kek hari jadinya.

Perkara tersebut dimuat naik dalam Instagramnya yang menunjukkan gambar sambutan hari lahir dan juga beberapa petikan mengenai harapan menjadi ibu.

Belum berhenti berharap,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian beberapa rakan artis yang turut mendoakan pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu dikurniakan cahaya mata.

“Insya-Allah Janna dan Dini. Jangan berhenti berdoa,” katanya Uyaina Arshad.

Insya-Allah ‘soon’ (tidak lama lagi). Amin Ya Rabbal Al-Amin,” ujar Mira Filzah.

“Amin, insya-Allah. Sentiasa mendoakan,” tutur Ernie Zakri.

Sebelum ini, isteri kepada aktor Dini Schatzmann itu sedih apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata belum kesampaian selepas membuat ujian kehamilan.

Demi memastikan hasrat untuk hamil tertunai, dia juga sanggup tidak melakukan aktiviti kegemarannya seperti yoga, senaman berat dan sauna selain mengambil beberapa produk makanan kesihatan.

Janna dan Dini, 30, mendirikan rumah tangga di Langkawi, Kedah pada 10 Jun 2023.

Dia juga sebelum ini pernah meraih kecaman kerana melahirkan hasrat untuk memiliki zuriat berzodiak Libra yang dilahirkan antara 23 September sehingga 22 Oktober. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI