fbpx

Klopp jurulatih lelaki terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP

ZURICH – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berbangga selepas meraih trofi berprestij Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2020 buat tahun kedua berturut-turut awal pagi semalam.

Klopp yang berjaya menamatkan kemarau 30 tahun Liverpool meraih gelaran Liga Perdana Inggeris musim lalu, menewaskan dua finalis iaitu ketua jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick dan pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa.

Bagaimanapun, Klopp ­mengakui, Flick lebih layak memenanginya selepas berjaya membantu Bayern meraih lima gelaran dalam tahun ini termasuk Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala DFB-Pokal.

“Saya agak terkejut kerana Flick lebih layak menerima trofi ini kerana beliau banyak me­raih kejayaan penting bersama Bayern. Bielsa juga ada pengaruh tersendiri dalam arena kejurulatihan, jadi saya anggap ini adalah kemenangan bersama,” katanya.

Sementara itu, Klopp ber­puas hati apabila empat pemain Liverpool tersenarai dalam kesebelasan terbaik FIFA iaitu Trent Alexander-Arnold, Allison Becker, Thiago Alcantara dan Virgil Van Dijk.

“Saya gembira empat pemain kami disenaraikan dalam kesebelasan terbaik. Namun, saya ingin tegaskan bahawa Liverpool tidak mementingkan aspek individu tetapi lebih kepada usaha berkumpulan,” jelas pengendali kelahiran Jerman itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI