TEHERAN, Iran – Remaja Iran yang digelar ‘zombi’ Angelina Jolie telah dibebaskan dengan ikat jamin, demikian menurut satu laporan.
Menurut laporan portal Daily Star hari ini, Sahar Tabar, 19, atau nama sebenarnya Fatemeh Khishvand dibebaskan dari penjara selepas ditahan sejak 15 bulan lalu.
Pembebasan Tabar dipercayai susulan tindakan seorang aktivis sosial, Masih Alinejad menjalankan kempen membebaskan remaja itu seminggu lalu.
Tabar ditahan atas perintah mahkamah Teheran yang mengendalikan jenayah budaya, sosial dan moral korup pasa 5 Oktober 2019.
Gadis itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan mempromosikan moral korup termasuk meninggalkan komen menghina pemakaian hijab di laman sosial, menurut Agensi Berita Hak Asasi Manusia Iran. – Agensi