fbpx

Banduan miliki ‘call center’, peti sejuk, penyaman udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan sebuah sel banduan di penjara ‘El Infiernito’ di Escuintla, Guatemala kelmarin. – AFP

BANDAR RAYA GUATEMALA – Polis Guatemala kelmarin memindahkan lebih 200 anggota geng penjenayah dari sebuah penjara di mana mereka mengendalikan sebuah pusat panggilan untuk tujuan jenayah, menternak ayam, dan memelihara buaya.

Kira-kira 400 anggota polis terlibat dalam operasi memindah keluar 225 anggota geng Barrio 18 dari penjara berkenaan yang digelar ‘El Infiernito’ atau ‘Neraka Kecil’ di mana mereka menikmati kemudahan seperti televisyen, peti sejuk, malah turut menternak ayam.

“Penjara ini menjadi milik negara semula,” kata Menteri Dalam Negeri, Francisco Jimenez dalam satu kenyataan di laman X.

Beliau berjanji fasiliti itu akan dibina semula sebagai ‘penjara kawalan maksimum sebenar’.

“Ini adalah penjara dan BUKANNYA resort percutian,” kata Jimenez.

Gambar penjara itu menunjukkan banduan-banduan memiliki alat penyaman udara di sel mereka. Penjara itu terletak di Escuintla, sekitar 70 kilometer ke selatan ibu negara Guatemala.

Geng Barrio 18 dan kumpulan penjenayah Mara  Salvatrucha berperang di Guatemala untuk merebut wilayah di mana mereka memeras ugut wang daripada syarikat dan orang awam serta membunuh mereka yang ingkar.

Jenayah keganasan meragut 4,361 nyawa di Guatemala dalam tahun 2023 atau bersamaan 25 mangsa bagi setiap 100,000 penduduk. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI