fbpx

Patuh SOP ditetapkan untuk elak jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan, semua petugas kesihatan sektor kerajaan mahu pun swasta supaya sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pematuhan kepada SOP tersebut perlu sentiasa diamalkan sama ada di tempat kerja dan juga di tempat-tempat lain.

“Kepatuhan ini sangat penting diamalkan khususnya bagi petugas kesihatan yang berkhidmat di zon merah berikutan kebarangkalian untuk mendapat jangkitan daripada komuniti adalah tinggi.

“Pemantauan amalan norma baharu secara berkala serta penguatkuasaan di setiap fasiliti kesihatan akan meningkatkan lagi kepatuhan dalam kalangan petugas kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, orang awam pula dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital-hospital kerana bukan sahaja dapat memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk menjalankan tugas, malah dapat melindungi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan pesakit kronik lain daripada jangkitan Covid-19.

“KKM sangat prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari semasa ke semasa.

“Selain itu, KKM juga menasihatkan orang ramai tidak perlu bimbang untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatan kerana situasi ini adalah dalam keadaan yang terkawal,” katanya.

Ujarnya lagi, amalan norma baharu perlu diteruskan bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI