fbpx

Pulanglah Yi Sheng, Hafiz Fauzan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YI SHENG (kiri) dan Hafiz Fauzan (kanan) dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu tanpa khabar berita.

BATU PAHAT – Seorang remaja berketurunan Tiong Hwa dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu masih belum ditemui hingga hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, remaja yang dikenali sebagai Dickson Toh Yi Sheng, 16, dilaporkan hilang sejak 24 Mei baru-baru ini.

Katanya, ciri-ciri bentuk badan remaja itu adalah berketinggian 163 sentimeter (cm), kurus, kulit berwarna putih dan rambut lurus warna hitam.

“Polis Daerah Batu Pahat sedang berusaha mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja yang berasal dari Jalan Kurnia 6, Taman Kurnia, Batu Pahat.

“Orang ramai yang ternampak atau mengenali remaja ini diharapkan dapat menghubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Hotline Polis Daerah Batu Pahat di talian 07-4343999 atau mana- mana Balai Polis yang berhampiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, selain itu, Hafiz Fauzan Abdul Halid, 16, yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei selepas dilaporkan keluar menonton perlawanan bola sepak di kedai makan berhampiran rumahnya di Taman Putera Indah di sini juga belum ditemui.

Ujarnya, orang ramai diharapkan dapat menyalurkan maklumat sekiranya terlihat kejadian menimbulkan keraguan yang berkemungkinan ada berkaitan dengan kehilangan kedua-dua remaja ini.

“Sama-sama kita berdoa dan berusaha agar kedua-dua remaja hilang ini dapat ditemui dalam masa terdekat dalam keadaan selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI