GEORGE TOWN – Tindakan seorang kanak-kanak menunjukkan aksi seperti dalam tayangan filem ‘Karate Kid’ terhadap pemain pasukan lawannya pada perlawanan bola sepak bawah 8 tahun di padang Kopa Arena, Universiti Sains Malaysia (USM), Sabtu lalu mendapatkan kecaman di media sosial.
Video tular dengan durasi satu minit lima saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bertindak menendang salah seorang pemain daripada Kelab Wira Muda dipercayai pada perlawanan yang masih dalam peringkat kumpulan.
Tendangan ala kung fu kanak-kanak terbabit bagaimanapun sempat dielak oleh pemain pasukan lawannya.
Pada perlawanan itu, Kelab Wira Muda menang 10-0 ketika menentang sebuah kelab persendirian dari Pulau Pinang.
Difahamkan, kejadian seumpama itu berlaku pertama kali meskipun penganjuran kejohanan tersebut sudah banyak kali diadakan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan kanak-kanak tersebut termasuk ibu bapa, penonton serta pengadil perlawanan tersebut.
Ada dalam kalangan netizen juga yang menyifatkan kanak-kanak tersebut sebagai seorang yang baran. – KOSMO! ONLINE
Tournarment bawah umur dah perangai mcm ni. Yang ref dah kenapa x bagi card merah, still bagi main. Yang coach still bagi main jugak walaupun player no 4️⃣ ni dari mula dah perangai mcm tu. pic.twitter.com/keiQMTcsPm
— Hal Ehwal Pengadil (HEP) (@pengadilbola) June 2, 2024