fbpx

Selangor FC ungguli aksi ‘derbi serumpun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN aksi menarik kejohanan jemputan ‘derbi serumpun’ yang menyaksikan Selangor FC menang 1-0 ke atas Persija Jakarta di Stadium Antarabangsa Jakarta sebentar tadi. - SELANGOR FC

 

PETALING JAYA – Selangor FC sekali lagi membuktikan kualitinya yang tersendiri apabila dijulang selaku juara kejohanan jemputan ‘derbi serumpun’ selepas menewaskan Persija Jakarta 1-0 pada aksi final di Stadium Antarabangsa Jakarta sebentar tadi.

Bagaimanapun, perlawanan ini turut dicemari insiden bakar suar oleh penyokong tuan rumah namun jaringan Alvin Fortes di awal permainan sudah memadai untuk mengesahkan kemenangan tuat Red Giants.

Walaupun hanya berstatus persahabatan, kejayaan ini pastinya melegakan pengendali Selangor, Nidzam Jamil yang turut berhasrat untuk melihat konsisten mampu dipamerkan anak buahnya selepas tampil baik pada saingan Liga Super.

Nidzam yang melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama nyata berpuas hati kerana setiap pemain menyerlahkan kesungguhan untuk cuba memikat perhatian barisan kejurulatihan.

Seawal minit ketiga, Fortes terus menyerlahkan kualiti yang ada pada dirinya apabila menyempurnakan hantaran Zikri Khalili untuk memastikan jaringan tunggal perlawanan.

Selain menghadirkan senyuman kepada penyokong, kejayaan ini pastinya beri kepuasan berganda Nidzam yang sebelum itu turut mengharapkan dapat menentang Persija Jakarta.

Selepas ini, Red Giants akan meneruskan aksi domestik dalam saingan Piala FA, menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 15 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI