fbpx

Kerjasama ASEAN diteruskan dengan atau tanpa Trump – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

 

SINGAPURA – Negara anggota ASEAN akan terus bekerjasama bagi mengatasi sebarang cabaran yang mendatang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau yakin ASEAN mampu mengekalkan kestabilan di wilayah itu.

“Anda boleh lihat, apa sahaja situasi dan cabaran yang datang, saya percaya ASEAN akan terus bekerjasama.

“Semua negara anggota dalam wilayah ini akan terus bergerak secara kolektif tidak kira bersama (bekas Presiden Amerika Syarikat), Donald Trump ataupun tidak,” katanya ketika sesi soal jawab selepas berucap pada Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-21 Dialog Shangri-La 2024 (SLD24) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan salah seorang delegasi mengenai kebimbangan ASEAN sekiranya Trump dilantik semula menjadi Presiden AS apabila namanya kembali dicalonkan oleh Republikan.

Meskipun semalam, media melaporkan Trump disabitkan dengan 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, beliau masih boleh bertanding dan layak untuk merebut jawatan pemimpin nombor satu AS itu.

Selain itu, Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, kerjasama anggota ASEAN masih mempunyai ruang penambahbaikan serta diperkukuh untuk mengatasi ancaman baharu.

“Bayangkan tidak ada ASEAN. Kita bertuah kerana ASEAN, kita dapat mengekalkan kestabilan di rantau ini. Kita perlu memastikan ASEAN kekal kukuh dan anggotanya bersatu padu antara satu sama lain,” jelasya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI