fbpx

Wanita dakwa alami hidung berdarah, rambut gugur kerana pandu EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pusat pengedaran Tesla dirakam di Corte Madera, California. - AFP

WASHINGTON – Seorang bekas pemilik kenderaan elektrik (EV) Tesla mendakwa  bahawa dia mengalami pendarahan hidung, rambut gugur dan sakit badan semasa menggunakan kereta jenama tersebut yang dibelinya pada tahun 2021, lapor portal berita MailOnline.

Walaupun dakwaannya tidak dapat dipastikan, wanita berasal dari Georgia itu berkata, dia mula merasakan simptom-simptom tersebut hilang selepas menjual kereta tersebut. 

Menurutnya, dia mula mengalami keletihan selepas memandu kenderaan itu, manakala gejala tersebut menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa.

“Saya pernah pulang dari membeli-belah di kedai runcit dan perlu berbaring di atas katil selama 20 minit sebelum saya boleh memunggah kereta,” kata wanita tersebut dalam catatannya di laman Instagram dengan akaun @Livingwellwithelle.

Ujarnya lagi, dia dan suaminya menghabiskan masa berjam-jam di dalam kereta dan kedua-dua mereka mengalami simptom serupa, membuatkan dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

Katanya, gejala tersebut semakin teruk sehingga dia mula mengalami pendarahan hidung dan berasa loya yang panjang sebelum mengadu kehilangan rambut dalam beberapa bulan terakhir sebelum menjual kereta tersebut.

Sehingga kini, pihak Tesla tidak memberikan sebarang  komen berhubung aduan tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI