fbpx

Lelaki warga China maut terjatuh tongkang besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui kira-kira 2.54 petang tadi di kawasan Pulau Andaman, Tanjung Tokong.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga China maut akibat lemas selepas terjatuh dari tongkang besi ketika menjalankan kerja-kerja di laut berhampiran Pulau Tikus di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 8.14 pagi memaklumkan seorang pekerja lelaki warga China, Miao Baddong,52, terjatuh ke dalam laut.

“Pasukan bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat yang turut dibantu unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan agensi lain. Mayat mangsa ditemui kira-kira 2.54 petang di kawasan Pulau Andaman, Tanjung Tokong sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya di sini sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI