fbpx

Suhana mengandung anak kembar sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu saudara Suhana, Hakiah Nor menunjukkan gambar pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang anggota tentera dan isterinya yang mengandung anak kembar maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok longkang dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 pagi di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Lojing di sini hari ini.

Mangsa, Ridwan Effendy Yusof, 43, yang memandu kereta jenis Kia Rio dan isterinya, Suhana Khairudin, 37, seorang suri rumah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua anak mereka yang berada di tempat duduk belakang, Qaisara Damia, 15, dan Akid Darwisy, 9, luka pada bahagian kaki dan mulut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kereta dipandu Ridwan Effendy yang bertugas di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas dekat sini dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Gua Musang.

Keadaan kereta jenis Kia Rio dipandu mangsa yang terbabas merempuh tembok longkang di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Gua Musang hari ini. – Foto IHSAN POLIS
Ridwan Effendy dan Suhana (duduk kanan)

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan merempuh tembok longkang. Kemalangan menyebabkan Ridwan Effendy tercampak keluar, manakala isterinya yang mengandung enam bulan duduk di tempat duduk penumpang depan beralih ke tempat duduk pemandu.

“Kedua-dua mangsa maut di lokasi kemalangan. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI