fbpx

100,000 meriahkan Hari Terbuka TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Hassanal (tengah), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan TUDM (lima dari kanan) dan Adly empat dari kanan bergambar bersama pengunjung Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuantan, semalam.

KUANTAN – Sekitar 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Hari Terbuka Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang diadakan di Pangkalan Udara Kuantan, di sini semalam.

Pengunjung mula memenuhi pekarangan seawal pukul 7.30 pagi bagi menyaksikan 29 gerai pameran dan 14 pameran aset.

Pengunjung juga turut disajikan dengan pertunjukan udara melibatkan 23 aset udara termasuk pesawat Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan BAE Hawk, pesawat C-130H dan helikopter EC 725 AP selain pertunjukan payung terjun oleh 15 anggota PASKAU serta enam aset bantuan darat.

Sebahagian daripada pengunjung yang membanjiri Hari Terbuka TUDM.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan untuk berangkat ke Majlis Hari Terbuka TUDM yang ke-66 yang bertemakan Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara.

Keberangkatan Tengku Hassanal disambut Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan TUDM.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Tengku Hassanal menaiki pesawat Sukhoi Su-30MKM sambil disaksikan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan TUDM.

Antara objektif penganjuran hari terbuka berkenaan adalah bagi mempertontonkan dan mempromosi peranan, tugas serta tanggungjawab TUDM.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan aset-aset tempur serta bantuan dan dokongan TUDM, di samping memperke­nalkan elemen kebajikan dan khidmat sosial TUDM.

PESAWAT pejuang TUDM melakukan formasi ‘arrow’ sebagai penutup pertunjukan taktikal udara Hari Terbuka TUDM.

 

Final blow atau serangan akhir yang dilakukan setelah menyelamatkan tebusan dalam demonstrasi pertunjukan taktikal udara.

 

Tengku Hassanal berangkat ke Majlis Hari Terbuka TUDM Ke-66 sambil diiringi Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Adly.

 

Pesawat EC 725 AP melakukan operasi pendaratan taktikal udara (TALO) dalam demonstrasi menyelamatkan tebusan bersempena pertunjukan taktikal udara Hari Terbuka TUDM.

 

Pertunjukan penerjunan udara altitud tinggi oleh Pasukan Khas Udara (PASKAU) atau dikenali dengan gelaran ‘The Golden Eagles’.

 

Pasukan PASKAU membuat demonstrasi pertunjukan taktikal menyelamatkan tebusan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI