fbpx

Tak perlu garam, sudu pintar jadikan makanan enak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kirin bekerjasama dengan Universiti Meiji untuk hasilkan sudu yang berteknologi tinggi. – Oddity Central

TOKYO – Sebuah syarikat teknologi dari Jepun memperkenalkan sudu penambah rasa untuk menjadikan makanan lebih enak, lapor laman berita Oddity Central.

Menurut Kirin Holdings, sudu digelar Elecispoon tersebut dapat meningkatkan rasa garam sekali gus menjadikan makanan lebih sihat untuk diambil.

Ia dilakukan dengan membantu pengguna mengurangkan kuantiti garam dalam makanan, yang boleh dirasai menggunakan sudu tersebut.

Tambah syarikat itu, sudu tersebut boleh digunakan oleh semua individu kecuali mereka yang mengalami gangguan saraf muka, alahan logam dan ketidakupayaan untuk mengesan sakit atau suhu.

Selain itu, teknologi tersebut juga tidak disyorkan kepada mereka yang mempunyai implan perubatan berkuasa elektrik, wanita hamil dan individu yang menjalani rawatan pergigian.

Harga bagi sebatang sudu Elecispoon adalah 19,800 yen (RM592.29), dan ia dijual secara online atau di kedai-kedai peralatan rumah terpilih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI