fbpx

Takut sampaikan terbuang air besar dalam seluar ketika dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki dicekup selepas mereka disyaki mencuri sebuah motosikal di Surabaya. - Foto @surabayakabarmetro

JAKARTA – Seorang pencuri membuang air besar di dalam seluarnya kerana ketakutan ketika dikepung oleh orang ramai di Klampis Ngasem, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Suryamalang.com hari ini.

Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan dikepung bersama seorang lagi rakan subahat yang disyaki terlibat dalam perbuatan mencuri motosikal.

Kedua-duanya dikepung penduduk setempat selepas tindak-tanduk mereka kelihatan mencurigakan.

Seorang daripada mereka dibelasah di lokasi kejadian sebelum melarikan diri di salah sebuah restoran kerana enggan ditangkap oleh orang ramai. 

Salah seorang lagi bagaimanapun berasa takut sehingga membuang air besar di dalam seluar. 

Setelah diselidik, kedua-dua pelaku itu didapati sempat mencuri sebuah motosikal yang diletakkan di depan sebuah rumah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI