fbpx

Venice kuat kuasa peraturan had kumpulan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong menaiki bot gondola di Terusan Grand di Venice pada 31 Julai 2023. - AFP

VENICE, Itali – Pihak berkuasa Venice menguatkuasakan peraturan baharu di mana penggunaan pembesar suara diharamkan dan kumpulan pelancong dihadkan kepada 25 orang, lapor saluran berita Sky News.

Bandar terusan Itali yang menerima kehadiran sebanyak 25 juta orang pelancong  setahun itu telah mengumumkan langkah tersebut pada Disember tahun lalu dalam usaha untuk menangani pelancongan secara besar-besaran.

Peraturan tersebut mula berkuat kuasa Sabtu lalu di Venice, Pulau Burano, Murano dan Torcello.

Selain itu, penggunaan pembesar suara turut dilarang kerana dianggap menimbulkan kekeliruan dan mendatangkan gangguan.

Ini bukan kali pertama Venice mengenakan peraturan sedemikian kepada pelancong.

Sebelum ini pada April lalu, bandar tersebut mengenakan bayaran sebanyak €5 (RM 25.53) bagi perjalanan sehari sepanjang musim panas dalam usaha untuk mengurangkan pelancong.

“Kita perlu mencari keseimbangan baharu antara penduduk dan pelancong dan kita tidak menggalakkan ketibaan pelancong pada hari-hari tertentu,” kata pegawai tertinggi pelancongan Venice, Simone Venturini.

Pada Ogos tahun lalu, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengesyorkan supaya Venice dimasukkan ke dalam senarai tapak warisan dunia yang berada dalam bahaya.

Ia berikutan jumlah pelancong yang semakin meningkat serta kebimbangan mengenai kesesakan dan ketidakmampanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI