fbpx

Kes masih empat angka, tiada pertambahan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,683 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 90,816 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya sebanyak 1,675 kes adalah penularan tempatan.

“Dalam masa sama, sebanyak 1,214 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 75,244 kes.

“Tiada pertambahan kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal 432 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 106 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala 51 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI