fbpx

1,200 hilang tempat tinggal, kem pelarian Rohingya sengaja dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH rumah pelarian Rohingya terbakar di kem pelarian Cox's Bazar semalam. - AFP

DHAKA – Beratus-ratus penginapan, kedai dan kemudahan lain di kem pelarian pantai tenggara Bangladesh terbakar sehingga menyebabkan 1,200 etnik Rohingya kehilangan tempat tinggal, lapor laman berita TRT World.

Kejadian berlaku semalam di Kem Rohingya No. 13 Ukhiya, Cox’s Bazar, sebelum bomba berjaya memadam kebakaran.

Pesuruhjaya Penghantaran Pulang Pelarian dan Bantuan Bangladesh, Mohammed Mizanur Rahman berkata, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada perbuatan sengaja membakar sebuah kedai di kem tersebut.

“Terdapat beberapa puak dalam kalangan Rohingya di kem berkenaan untuk menunjukkan kuasa dan mereka didapati terlibat dalam jenayah seperti itu sebelum ini. 

“Tambahan pula, dengan keadaan sesak dan bahan binaan di kem tersebut, ia boleh mendorong api merebak dengan cepat.

“Kami masih menyiasat kejadian itu untuk mengetahui fakta yang sebenar,” tambahnya.

Menurut sebuah pejabat pelarian di Cox’s Bazar, sebanyak 175 pusat perlindungan, 40 kedai, sebuah pusat pembelajaran dan sebuah sekolah Islam hangus dalam kebakaran itu.

Ia turut menyatakan bahawa 50 pusat perlindungan, 30 tandas, dan 15 bilik mandi rosak.

Kebakaran itu turut menyebabkan 1,200 orang kehilangan tempat tinggal dan mencederakan tiga yang lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI