SETIU – Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berhubung penahanan ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh, Disember tahun lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas menahan reman ibu bapa mangsa sehingga 7 Jun.
“Tempoh reman tujuh hari masih berjalan, jadi bagi ruang pihak polis menyiasat terlebih dahulu.
“Setakat ini tangkapan hanya dua orang sahaja iaitu ibu bapa mangsa, tiada tangkapan lain,” katanya ringkas kepada pemberita.
Razarudin ditemui selepas Majlis Penutup Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara Sempena Hari Polis Ke-217 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, hari ini. – KOSMO! ONLINE