fbpx

[VIDEO] JLo suruh AI ‘kecek Kelantan’ mendunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video JLo menyuruh AI bercakap bahasa Kelantan.

PETALING JAYA – Aktres terkenal Hollywood, Jennifer Lopez menarik perhatian ramai semasa mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Atlas yang ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman berasaskan langganan, Netflix, dengan menyuruh kecerdasan buatan (AI) ‘kecek Kelantan’.

Dalam video promosi filem tersebut yang dimuat naik menerusi media sosial Netflix Malaysia, Jennifer Lopez atau mesra disapa JLo, menguji AI yang bernama Smith, untuk bercakap dalam dialek Melayu Kelantan.

“Kelantanese Malay (Melayu Kelantan),” suruhnya.

“Bo lah kak wei, sapa bilo nok tanyo ni? (Cukuplah kakak wei, sampai bila nak tanya ni?),” jawab Smith (AI).

Selain itu, dalam hantaran yang berlainan, JLo turut mempamerkan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan mengucapkan ‘Apa khabar Malaysia!’.

“JLo mentioned Kelantanese (menyebut Kelantan).. korang rasa dia suka laksam tak?,” seloroh seorang pengguna.

“Kelantanese mendunia, banyak-banyak loghat, loghat Kelantan juga yang JLo sebut,” komen Fazri.

“Aku syak dia (JLo) memang asal Pasir Mas, lama tak balik ni, huk aloss comey dooh, gano (bagaimana) dia boleh kenal Kelantan eh, dia biasa mari Kota Bharu ke?,” seloroh pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

@netflixmy Mampu tak Smith si AI kecek Kelate? Jom tengok @jlo menguji kehebatannya! 💥 #Atlas kini ditayangkan, hanya di Netflix. #SembangEntertainment #SembangMovie #NewReleases #Movies #MovieTok #WhatToWatch #MovieRecommendations #NetflixMY #FlixReview ♬ original sound – Netflix Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI