fbpx

Hujan lebat di Terengganu, Pahang tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir di Terengganu dan Pahang tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir dijangka tertumpu di persisir pantai negeri Terengganu, Pahang dan utara Semenanjung serta boleh berlarutan sehingga awal petang nanti.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan cuaca kurang hujan di Semenanjung.

“Hujan lebat dan ribut petir pula dijangka tertumpu di kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak, menjelang lewat petang nanti.

“Di Malaysia Timur pula, hujan lebat berserta ribut petir dijangka di seluruh bahagian terutamanya di sebelah barat dan pedalaman Sabah, diikuti utara Sarawak termasuk Limbang dan Miri,” katanya.

Dalam pada itu, satu luruan angin daripada Lautan Hindi dijangka akan menuju ke utara Semenanjung dalam tempoh beberapa hari.

Berikutan itu, luruan angin tersebut yang membawa kelembapan tinggi boleh menyebabkan ribut petir, angin kencang dan laut bergelora di sekitar persisir pantai utara Semenanjung. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI