fbpx

Lelaki parah cuba lerai 2 lembu jantan bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat berada di kandang lembu jantang mengamuk di Thailand, Khamis lalu. - Foto Pattaya Mail

BANGKOK – Seorang lelaki cedera parah ketika cuba meleraikan dua ekor lembu jantan yang  bergaduh apabila seekor lembu berkenaan menyerangnya, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini. 

Anggota-anggota pasukan penyelamat menemui Sakchai Jancharoen, 56, terbaring di hadapan kandang lembu dan  mengalami kecederaan serius kelmarin.

Saksi-saksi berkata, pergaduhan antara dua lembu jantan itu bertukar ganas dengan cepat. 

Percubaan Sakchai untuk memisahkan kedua-duanya  menyebabkan seekor lembu jantan itu menjadi agresif. 

Lembu  itu ‘melemparkannya’ ke dinding, menyebabkan dia tercampak ke dalam kandang lembu bersebelahan.

Pasukan penyelamat menghadapi cabaran besar ketika berusaha untuk mengeluarkan Sakchai dari kawasan itu. 

Lembu jantan yang naik minyak tetap gelisah dan berada dalam jarak yang dekat sekali gus menimbulkan ancaman berterusan. 

Ketika anggota-anggota penyelamat menghampiri Sakchai, lembu jantan itu menyerang. Mereka terpaksa melarikan diri buat sementara waktu.

Selepas berkumpul semula dan menyusun strategi dengan teliti, pasukan penyelamat dapat mengeluarkan Sakchai dan membawanya ke sebuah hospital untuk menerima rawatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI