fbpx

Ajal langgar lampu isyarat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut membabitkan seorang warga emas apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Ulu Sedaka, Yan, Kedah petang tadi.

YAN – Padah melanggar lampu isyarat merah, seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di simpang empat lampu isyarat Ulu Sedaka di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang itu, mangsa, Muhammad Fauzi Ayub, 64, dari Kampung Tupai, Mukim Teloi, Sik maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal SYM E Bonus gagal mematuhi lampu isyarat merah sebelum bertembung dengan Toyota Avanza dari arah bertentangan.

“Pertembungan itu menyebabkan motosikal mangsa terperosok di bawah kereta dan mangsa terjatuh ke tengah jalan, pemandu Toyota Avanza tidak cedera meskipun bahagian hadapan kenderaannya remuk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI